Sirah Nabawiyyah ialah cerita atau perkhabaran mengenai
tentang kehidupan nabi junjungan mulia Muhammad SAW sejak kelahiran sehinggalah
kewafatan baginda. Ia juga merangkumi kisah mengenai nasab baginda,
kelahirannya, pelantikan baginda menjadi rasul, akhlaknya, mukjizatnya,
perjuangannya, sakit yang dialami baginda, kewafatannya, dan setiap sudut
kehidupan baginda Muhammad SAW. Melihat
kepada kepentingan sirah Nabawiyyah inilah menjadi sebab kenapa kita perlu
mempelajari sirah Nabawiyyah, antara kepentingannya ialah:
-seseorang individu muslim akan dapat memahami keperibadian
Rasulullah SAW di sebalik kehidupan baginda dan suasana yang dialami oleh
baginda SAW, hal ini mendorong seseorang individu muslim mengambil sirah
Nabawiyyah sebagai inspirasi dalam kehidupan mereka disamping menyakini bahawa Rasulullah
SAW bukan sahaja hebat dikalangan kaumnya sahaja bahkan baginda juga hebat
dikalangan semua ummat manusia.
-mempamerkan kepada setiap insan satu bentuk contoh terbaik
dalam semua aspek dari aspek-aspk kehidupan yang baik, mengambil Rasulullah SAW
sebagai contoh qudwah hasannah “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri
Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”-surah
al ahzab:21.
-melalui sirah Nabawiyyah juga dapat membantu kita memahami
sumber rujukan utama Islam iaitu kitabullah Al-Quran al-karim untuk menghayati
makna dan maksudnya, kebanyakkan ayat-ayat dari Al-Quran ditafsirkan melalui
perisiwa-peristiwa dalam sirah Nabawiyyah.
-daripada sirah Nabawiyyah juga dapat memberi kemampuan yang
besar dari segi kebudayaan dan pengetahuan Islam kepada sesiapa yang
memepelajarinya, sama ada yang berkaitan dengan akidah, hukum-hukum Islam atau
akhlak Islamiah, kerana melalui sirah Nabawiyyah ia dapat membei gambarann
kepada masyarakat Islam membina Islam dan hukum-hukumnya.
-kisah pengajaran dari sirah Nabawiyyah dikira sebagai
contoh yang hidup (member contoh secara realiti) dalam bentuk cara
pentarbiayahan yang dibawa oleh Rasulillah SAW, ia samping ia juga member
manfaat yang besar kepada guru-guru dan para pendakwah untuk menyebarkan
kefahaman Islam kepada masyarakat.
-dengan sirah Nabawiyyah juga dapat kita ketahui mengenai
generasi sahabat yang hebat dalam membawa Islam bersama Rasulullai SAW, jerih
usaha mereka memperjuangkan Islam diwaktu agama Islam mula dibawa hinggalah
kepada zaman kegemilangan Islam dipersada dunia.
Disini, dapat saya simpulkan bahawa sangat penting untuk
mempelajari sirah Nabawiyyah bagi setiap ummat Islam dalam mengerakkan agama
Islam atas landasan yang ditentukan oleh Allah SWT.