Kasih sayang merupakan aspek penting dalam proses mendidik kanak-kanak. Persoalannya, bagaimana cara membawa nilai ini dalam pendidikan. Jawapannya ada di dalam pendidikan Islam dan hendaklah menjadikan pendidikan Islam sebagai kayu ukur dalam proses mendidik anak-anak. Pendidikan ini perlu diterapkan dari peringkat awal lagi sebelum seseorang individu sampai kepada peringkat yang lebih mencabar, agar mereka tidak terpengaruh dengan sifat-sifat negatif kesan daripada perubahan zaman. Bak kata pepatah Melayu “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Dewasa ini, rata-rata ibu bapa akan sibuk
dengan kerjaya masing-masing, mungkin masa untuk mendekati dan mendidik
anak-anak agak terbatas. Mendidik anak amat penting untuk membentuk mereka
menjadi insan yang berguna. Tidak dinafikan mengasuh dan mendidik bukan suatu yang
mudah. Oleh itu, pentingnya mencari jalan penyelesaian dalam mengharungi
kemelut ini.
Sejajar dengan pesatnya perkembangan
teknologi pada hari ini, kebanyakkan di kalangan ibu bapa mendedahkan gajet
kepada anak mereka secara melampau dan tanpa kawalan displin, alasan mereka
inilah cara mereka mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak, iaitu dengan
mengikut semua kemahuan anak mereka. Sememangnya kasih sayang adalah eleman
penting dalam mendidik, namun jika ia salah dalam penggunaanya maka akan
memberi kesan yang negatif, terutamanya kanak-kanak. Islam telah mengariskan
panduannya dalam Sirah Nabawiyyah iaitu bagaimana sikap akhlak Rasulullah
apabila berhadapan dengan kanak-kanak.
Pada masa kini, negara sering kali
dikejutkan dengan pelbagai isu berkaitan dengan kezaliman yang dilakukan
terhadap kanak-kanak seperti penderaan, pembunuhan, penganiayaan dan lain-lain.
Lebih menyedihkan lagi, yang melakukan jenayah tersebut ialah orang terdekat
kepada mangsa itu sendiri. Inilah yang berlaku jika nilai kasih sayang teleh
hilang dalam diri. Kanak-kanak bukan tempat melepaskan nafsu amarah, tapi
mereka ialah aset penting di masa hadapan.
Merujuk kepada situasi sebegini, artikel
ini lebih menfokuskan kepada pembawaan nilai kasih sayang dalam pendidikan
anak-anak yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W dan pengaplikasiannya dalam
kehidupan seharian.
Pendidikan Atau Didikan Menurut Perspektif Islam
Perkataan ‘mendidik’ berasal daripada
perkataan ‘didik’ yang memberi maksud jaga, pelihara, ajar (dengan hati-hati)
semenjak kecil. Mendidik pula memberi
erti mendidik, mengasuh atau membina diri dan watak seseorang.Dengan kata lain ia
membawa maksud mengasuh, membimbing, menjaga, mengajar atau memberi pendidikan
untuk membentuk akhlak dan peribadi seseorang ke arah kebaikan.
Apabila disebut pendidikan Islam, ia
bermaksud bahawa pendidikan itu dijalankan berassakan ajaran Islam, yakni
pelaksanaannya mengikut falsafah Islam yang dipetik daripada al-Quran dan
al-Sunnah. Ini termasuklah falsafah, tujuan, matlamat, kandugan, kaedah,
teknik, dan pendekatannya. Lanjutan dari itu,terdapat beberapa definisi
pendidikan Islam yang diketengahkan oleh pemikir Islam, antarannya adalah seperti
berikut:
An-Najar (1990) mengatakan bahawa
pendidikan Islam ialah “proses memberi pendidikan berasaskan ajaran Islam.
Drs Burlian Somad (1989) pula mengatakan
bahawa: “Pendidikan Islam ialah aktiviti atau kegiatan yang bertujuan membentuk
individu menjadi seorang yang mempunyai personaliti yang baik dan bernilai
tinggi menurut kaca mata Islam. Pendidikan islam juga membentuk rasa anak didik
manjadi halus dan tajam sehingga mampu mencintai Allah yang gaib serta merasa
sangat takut mendapat azab Allah, merasa bertanggungjawab untuk menangkat
darjah hidup kaum melarat dan anak-anak yatim, serta perasaan bertanggungjawab
untuk membela agama Allah dengan rela mengorbankan apa saja yang dimiliki untuk
keperluan kerana Allah”.
Seorang lagi pemikir Islam, Dr Abdul Halim
E-lMuhammady (1993) mengatakan bahawa: “pendidikan Islam ialah proses mendidik
dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu,
Al-Quran dan Sunnah, pengalaman Salaf Al-Salih serta ilmuan muktabar untuk
melahirkan insan soleh yang memikul tanggungjawab khalifah yang
dipertanggunjawabkan oleh Allah S.W.T ke atas manusia supaya mengimarahkan alam
ini untuk kebahagian dunia dan kehidupan akhirat”.
Takrifan ini menjelaskan maksud pendidikan
Islam dan fungsinya. Pendidikan ini bukanlah hanya terikat kepada pembelajaran
sahaja tetapi ia juga merangkumi asuhan dan bimbingan kepada yang akan didik. Pendidikan
dan asuhan tidak tertakluk atas ibu bapa dan guru sahaja, ia juga menjadi
tanggungjawab anggota masyarakat, individu muslim dan lain-lain.
Pendidikan Islam berbeza dengan pendidikan
sekular, pendidikan sekular matlamatnya untuk kemajuan manusia tanpa penekanan
aspek agama. Manakala, pendidikan Islam mempunyai hubungan kait dengan agama,
matlamatnya juga berbeza dengan
pendidikan sekular, matlamatnya berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, mencakupi
kehidupan dunia dan akhirat, keseimbangan dunia dan akhirat, ia juga menyeluruh
dan mencakupi semua aspek kehidupan.
Pendidikan atau asuhan kepada kanak-kanak
merupakan langkah pertama dalam mendidik mereka. Fasa ini perlu dititikberatkan
kerana ia adalah proses awal yang tidak kurang pentingnya. Pada peringkat ini
kanak-kanak bergantung kepada orang dewasa.
Nilai Kasih Sayang Yang Ditunjuk Oleh Rasulullah S.A.W Dalam
Didikan Kanak-Kanak Dan Pengaplikasiannya Dalam Kehidupan Harian.
Kasih syang menurut kamus dewan bahasa dan
pustaka, mempunyai dua maksud iaitu yang pertama: cinta kasih manakala yang
kedua ialah perasaan belas kasihan.Kasih sayang ialah sifat
semula jadi yang diberikan oleh Allah kepada makhlukNya, telah menjadi
sunnatullah untuk mengurniakan nilai ini pada makhlukNya. Kasih sayang sesama
manusia merangkumi semua urusan mereka, baik meliputi unsur agama ataupun
tidak. Sebagai muslim, seharusnya membawa kurniaan Allah ini dijalan yang
benar. Terutamanya dalam mendidik anak-anak.
Kasih sayang memberi pengaruh yang baik
dalam hubungan manusia, jika tiada perasaaan ini dalam mendidik anak-anak pasti
berlaku kepincangan dalam didikan mereka. Kerana kasih sayang memainkan peranan
penting dalam dunia pendidikan. Pendidikan yang mengunakan pendekatan kasih
sayang merupakan kaedah terbaik kerana ia serasi dengan fitrah dan jiwa
manusia.
Metod atau kaedah ini telah pun diajar dan
ditunjuk oleh baginda Rasulullah S.A.W ketika baginda berhadapan dengan
kanak-kanak. Selari dengan firman Allah SWT dalam kitabNya al-Quran:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي
رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ
الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا-( سورة الأحزاب:21)
Terjemahan: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan)
Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati
Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
Allah S.W.T mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W.
sebagai rahmat bagi seluruh alam, merangkumi semua makhluk yang hidup atau yang
mati, termasuklah haiwan, tumbuhan dan manusia khususnya. Antara rahmat
Rasulullah S.A.W kepada manusia yang pelbagai peringkat, termasuklah
kanak-kanak. Baginda S.A.W tidak mengira pangkat, jawatan atau peringkat umur
untuk menunjukkan sifat belas ihsan dan kasih sayang. Sifat kasih sayang
Baginda bukan sahaja kepada orang tua, malah juga kepada kanak-kanak.
Dalam sirah nabawiyyah terdapat kisah-kisah
antara Rasulullah SAW dan kanak-kanak, pengajaran kisah-kisah ini dapat
diadaptasikan dalam kehidupan harian. Berikut ialah sifat kasih sayang yang
ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda saw berhadapan dengan
kanak-kanak:
1. Rasulullah
S.A.W suka mengambil hati kanak-kanak.
Daripada
Abu Hurairah kata:
عن أبي هريرة قال: قَبَّلَ
رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ وَعِنْدَهُ الأَقْرَعُ
بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسًا. فَقَالَ الأَقْرَعُ إِنَّ لِي عَشَرَةً
مِنَ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا. فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ
اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ قَالَ " مَنْ لاَ يَرْحَمُ لاَ يُرْحَمُ
".
Terjemahan:
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mencium Al Hasan bin Ali
sedangkan disamping beliau ada Al Aqra' bin Habis At Tamimi sedang duduk, lalu
Aqra' berkata; "Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku
tidak pernah mencium mereka sekali pun, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam memandangnya dan bersabda: "Barangsiapa tidak mengasihi maka ia
tidak akan dikasihi." -(Sahih Bukhari)
Hadith diatas mengambarkan sikap kasih
sayang Rasulullah terhadap kanak-kanak dengan cara sentuhan. Baginda tidak
segan untuk mencium, mendakap dan memeluk cucunya. Baginda suka bermain dengan
cucunya iaitu Hassan dan Hussin. Kisah ini menunjukkan bahawa didikan melalui
metod kasih sayang bukan sekadar dengan perkataan sahaja malah juga dengan
perbuatan. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak sangat suka kepada belaian. Inilah cara
Rasulullah mengungkap kasih sayang kepada kanak-kanak.
Ramai yang terlupa memberi didikan melalui kaedah
ini adalah suatu ibadah dan kebaikan. Hakikatnya tanpa ciuman terhadap
kanak-kanak boleh menyebabkan hilangnya sifat kasih sayang, terhakisnya kasih
sayang inilah menyebabkan tidak berlaku proses pendidikan yang baik kepada
anak-anak.Sesiapa menyayangi maka
dia akan disayangi.
Perbuatan Baginda SAW, iaitu menyatakan rasa sayang dan kasih
Baginda SAW kepada kanak-kanak adalah untuk mengajar ummatnya supaya
menyanyangi keturunan mereka sebaiknya, sama ada secara mental dan fizikal.
2. Rasulullah
berlemah lembut dengan kanak-kanak.
Rasulullah SAW mempunyai sifat lemah lembut
kepada kanak-kanak, diceritakan sikap lemah lembut Rasulullah SAW ini oleh
seorang kanak-kanak yang pernah berkhidmat dengan Rasulullah SAW selama 10
tahun. Seperti mana kita ketahui, kadang kala sikap dan perangai kanak-kanak
boleh menyebabkan orang dewasa memarahi kanak-kanak kerana kanak-kanak
mempunyai pelbagai karenah, tetapi Anas Ibn Malik yang berkhidmat 10 tahun
kepada Rasulullah telah menceritakan tentang sikap lemah lembut Baginda.
Anas
bin Malik berkata:
خدمت رسول الله صلى الله عليه
وسلم عشر سنين، فما قال لي أف قط، وما قال لشيء صنعته، ولا لشء تركته، لم تركته؟
وكان رسول الله الله صلى الله عليه وسلم، من أحسن الناس خلقا. ولا مسست خزا ولا
حريرا، ولا شيئا كان ألين من كف رسول رسول
الله صلى الله عليه وسلم. ولا شممت مسكا قط، ولا عطرا كان من عرق رسول الله صلى
الله عليه وسلم .
Terjemahan:
aku menjadi pembantu Rasulullah selama sepuluh tahun. Beliau tidak pernah
walaupun sekali berkata: “cih!” kepadaku. Beliau tidak pernah mempersoalkanap
yang aku kerjakan, “ mengapa kamu lakukan hal ini?” atau apa yang tidak aku
kerjakan, “mengapak kamu tidak lakukan hal ini?”. Rasulullah merupan orang yang
memiliki akhlak yang paling baik. Aku tidak pernah menyentuh kain sutera atau
kain lembut yang lain, yang lebi lembut daripada telapak tangan baginda. Tidak
ada bau minyak wangi yang lebih harum daripada keringat Rasulullh.(Direkodkan
oleh Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Tirmizi)
Diceritakan ketika Anas diminta oleh
Rasulullah untuk mencari sesuatu, kemudian Anas keluar untuk mencari, tetapi
ketika dalam perjalanan Anas betemu dengan sekumpulan kanak-kanak lain yang
sedng bermain, lalu beliau turut serta bermain bersama hingga terlupa aka
pesanan Rasulullah SAW kepadanya. Apabila Rasulullah mendapati Anas tidak
kembali lalau Baginda pergi mencari Anas dan Baginda mendapati Anas sedang
bermain dengan rakan-rakannya. Lalu Bagnda datang dari belakang Anas dan
menutup matanya dengan tangan Baginda. Anas dapat mengetahui yang sedang melakukan
begitu ialah Rasulullah SAW kerana beliau dapat mengesan tangan lembut Baginda
SAW. Dan Rasulullah SAW bertanya tentang pesanan tadi, Baginda tidak berkata
lebih dari itu melainkan Baginda hanya senyum kepada Anas.
Berlemah lembut ini perlu diaplikasi dalam
mendidik anak. Melalui sifat kasih sayang lahirnya sikap lemah lembut.
Terhakisnya sifat kasih sayang akan menyebabkan berlakunya proses pendidikan
yang tidak baik keapada anak-anak, bahkan menyebabkan berlakunya sikap dera
terhadap mereka.Namun, perlu kita fahami bahawa berlemah lembut ini bukan bermakna mengiyakan
kesemua keinginan anak. Jika anak-anak melakukan kesalahan, maka tegurlah dengan kasih sayang iaitu tegas dalam
mendisplin anak-anak, tanpa mengeluarkan kata-kata yang memburukkan mereka
seperti mencaci atau sebagainya. Tegas mendidik dan lemah lembut dalam
berbicara tanpa mengeluarkan kata-kata kasar. Seperti mana Rasulullah hanya
senyum pada Anas.
3. Gurauan Rasulullah dengan anak kecil.
عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : " كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا، وَكَانَ لِي أَخٌ يُقَالُ لَهُ : أَبُو عُمَيْرٍ
قَالَ : أَحْسِبُهُ فَطِيمًا ،وَكَانَ إِذَا جَاءَ قَالَ : يَا أَبَا عُمَيْرٍ، مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ ؟ نُغَرٌ كَانَ يَلْعَبُ
بِهِ.
Anas
bin Malik r.a berkata : Nabi S.A.W merupakan manusia yang paling bagus
akhlaknya. Aku mempunyai seorang adik yang dipanggil Abu ‘Umair yang baru
sahaja tamat tempoh menyusu.
Apabila Baginda S.A.W datang, baginda S.A.W akan bertanya : Wahai Abu
Umair, apa yang sedang dilakukan oleh An-Nughair (seekor burung kecil) iaitu
burung kecil yang sering dia main dengannya.-(Sahih Bukhari)
Anak kecil yang dimaksudkan ialah Ibnu Abi
Talhah atau dikenali sebagai Abu Umair, beliau memiliki seekor burung yang
menjadi rakan spermainannya, pada suatu hari burungnya sakit dan mati, Abu
Umair sangat sedih atas kehilangan burungnya, lalu baginda bergurau dengan Abu
Umair bagi menghiburkan hatinya.
Antara rahmat dan kasih sayang Baginda saw
adalah dengan menghiburkan kanak-kanak yang memerlukan hiburan. Kisah antara
Rasulullah S.A.W dan Abu Umair memberi pengajaran dari segi bahasanya dan dari segi makna yang
tersirat didalamnya untuk memberi
kegembiraan pada orang yang susah walaupun kanak-kanak. Baginda S.A.W tidak
melihat pada kedudukannya walaupun kedudukannya sangat mulia dan Baginda tidak
melihat pada umurnya walaupun umurnya jauh dengan Abu Umair, tetapi apa yang
penting adalah menghiburkan orang yang sedang berduka adalah sebahagian dari
tuntutan agama.
Pada peringkat perkembangan pertumbuhan
kanak-kanak, mereka memerlukan orang untuk menjaga dan menyayangi mereka. Dalam
istilah psikologi kanak-kanak dipanggil ‘perapatan’ yang bererti bahawa
kanak-kanak menghendaki supaya dijaga dan disayangi oleh sesetengah individu.[1] Bergurau antara kaedah
yang digunakan untuk mempamerkan kasih sayang terhadap kanak-kanak.
4. Rasulullah S.A.W memberi perhatian kepada kanak-kanak.
Walaupun Rasulullah S.A.W seorang yang
berkedudukan dan sering sibuk dengan pelbagai urusan tetapi Baginda S.A.W tetap
memberi perhatian kepada kanak-kanak. Diriwayatkan oleh Anas RA bagaimana cara
Rasulullah memberi perhatian kepada kanak-kanak, iaitu:
عن أنس أنه كان يمشي مع رسول
الله فمر بصبيان فسلم عليهم.
Terjemahan:
“daripada Anas ra bahawa dia berjalan bersama Rasulullah saw dan lalu dengan
anak-anak kecil dan baginda saw memberi salam kepada mereka.
Hadith ini menujukkan cara interaksi Rasulullah
S.A.W dengan kanak-kanak walaupun melalui cara sapaan. Hal ini mengajar kita
dengan berinteraksi akan wujudnya perasaan kasih sayang dalam mendidik dan
mengasuh anak-anak.
Malangya, ibu bapa hari ini terlalu sibuk
dengan urusan mereka hingga jarang-jarang berinteraksi dengan anak-anak,
keadaan ini akan menyebabkan rasa kasih dan sayang kepada anak-anak semakin
berkurang hari demi hari dan kemungkinan besar wujudnya ketidakserasian dalam
keluarga.
Anak-anak sangat gembira apabila ditegur sapa oleh ibu bapa mereka.
Sapaan ibu bapa menjadikan anak-anak rasa dihargai. Perkara pokok disini jelas
menerangkan sapaan atau teguran kepada anak-anak merupakan aspek penting dalam
asuhan dan didikan. Hasil asuhan dan didikan anak akan membentuk perangai,
tingkah laku, personaliti, bakat dan potensi masing-masing.
5. Mendahulukan kanak-kanak daripada orang dewasa.
عَنْ سَهْلِ بْنِ
سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، " أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِشَرَابٍ ، وَعَنْ يَمِينِهِ غُلَامٌ ، وَعَنْ
يَسَارِهِ أَشْيَاخٌ ، فَقَالَ لِلْغُلَامِ : أَتَأْذَنُ لِي أَنْ أُعْطِيَ
هَؤُلَاءِ ،
فَقَالَ الْغُلَامُ : لَا ،
وَاللَّهِ لَا أُوثِرُ بِنَصِيبِي مِنْكَ أَحَدًا " فَتَلَّهُ فِي يَدِهِ.
Sahl
bin Sa’ad r.a meriwayatkan Rasulullah s.aw diberikan minuman. Di kanannya ada
seorang budak lelaki, manakala di kirinya beberapa orang tua. Rasulullah s.a.w
bertanya kepada budak lelaki itu : Adakah engkau mengizinkan aku untuk
memberikan minuman ini kepada mereka? Budak lelaki itu pun menjawab :
Tidak. Demi Allah aku tidak akan mendahulukan orang lain ke atas diri ku untuk
apa-apa yang datang daripada mu. Maka Rasulullah s.a.w pun
meletakkan minuman itu di tangan budak lelaki tersebut.
Masyarakat biasanya tidak memperdulikan
kanak-kanak yang beratur, contohnya untuk membeli sesuatu, bagi mereka
kanak-kanak tidak berharga.Inilah yang terjadi
sekiranya tiada nilai kasih sayang dalam masyarakat. Hadith diatas menunjukkan
Rasulullah S.A.W telah menegaskan bahawa bertapa bernilainya kanak-kanak,
Baginda mendahulukan kanak-kanak daripada para sahabat yang berada disebelah
Baginda dengan bertanya kepada kanak-kanak tersebut bagi menghormatinya.
Perwatakan Rasulullah S.A.W
ini mengajar kepada kita untuk mengasihi dan menghormati kanak-kanak walaupun
mereka anak-anak orang lain. Sikap kita terhadap kanak-kanak akan memberi kesan
kepada mereka kerana kanak-kanak akan meniru kelakuan orang dewasa terhadap
mereka.
Matlamat Dan Tujuan Pendidikan Atau Asuhan Dalam Islam
Islam
meletakkan pendidikan di tempat yang penting semoga ia dapat melahirkan
generasi yang benar-benar berkualiti yang boleh memberi erti dan tujuan hidup
didunia dan diakhirat. Pendidikan islam mempunyai matlamat dan tujuannya
tersendiri, tanpa matlamat dan tujuan maka apa yang ingin dihasilkan tidak akan
menjadi dengan baik dan berkesan. Berikut antara matlamat dan tujuan mendidik
anak dalam Islam:
1- Membentuk
anak untuk mengenal Allah SWT.
Mengenal Allah SWT adalah matlamat dan
tujuan utama dalam mendidik anak-anak
untuk memiliki Akidah Islamiyyah yang mantap. Jiwa anak-anak masih suci dari
pencemaran ideologi-ideologi yang merosakkan, sebagai mana Rasulullah S.A.W
bersabda “Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah),
ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada
menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”. Mendidik anak mengenal Allah sangat
penting untuk mendedahkan kepada anak-anak mengenai pengetahuan ketauhidan di dalam
setiap diri anak.
Ketauhidan ini penting bagi pegangan dan
keyakinan mareka terhadap agama Islam yang dianuti. Menurut al-Maghfurlah Mbah
Muntaha al-Hafizh “sekiranya tidak ada orang-orang yang dengan tulus ikhlas
mengajarkan agama kepada anak-anak, maka kehidupan ini akan rosak”.Apabila anak-anak
ditarbiyah mengenal Allah secara baik, mereka akan meletakkan Allah dihadapan
dalam semua urusan mereka. Contohnya, mendidik anak bahawa Allah itu Maha
Melihat, Allah akan melihat setiap perbuatan hambaNya sama ada baik atau buruk,
secara langsung si anak akan sentiasa berhati-hati dalam semua kelakuannya
kerana anak-anak akan sentiasa merasa pengawasan dari Allah SWT.
Apabila mengajar anak-anak mencintai Allah SWT mereka tidak akan
mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang boleh merosakkan jiwa mereka dan tidak
akan terjerumus dalam kancah kejahatan. Beruntunglah bagi sesiapa meyuburkan
anak-anak dengan rasa cintakan Allah dan rasulNya.
2- Melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.
Mewujudkan
insan yang soleh, dalam bahasa yang mudah ertinya insan yang baik dan berguna
bukan sahaja kepada diri tetapi juga kepada orang lain. Falsafah hidupnya ialah
mencari keredhaan Allah.Anak seperti ini akan
mempersiapkan dirinya untuk menghadapi masa hadapan dan berfikiran matang dalam
menghadapi sesuatu walaupun usianya masih muda.
Selain itu, anak yang soleh merupakan sumber kebahagian rumah
tangga, mereka mampu memberi manfaat untuk kedua orang tua mereka, sama ada di
dunia mahu pun di akhirat. Rasulullah Saw bersabda, “Bila anak keturunan Adam
meninggal, terputuslah amalnya, kecuali tiga perkara: shadakah jariyah, ilmu
yang bermanfaat, dan anak soleh yang setiasa mendoakan (orang tuanya). Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu
bapanya di akhirat kelak. Anak merupakan saham besar buat ibu bapa. Ini kerana
mereka akan menjadi penolong kepada ibu bapa untuk melaksanakan tanggungjawab
dan menjadi pewaris selepas ibu bapa meninggal dunia.
3- Membentuk akhlak mulia dan peribadi yang unggul dalam jiwa anak-anak.
Anak-anak ibarat sebuah pohon yang dibajai
orang tuanya. Jika jiwa mereka dibajai dengan perkara-perkara yang baik maka
hasil yang akan dituai juga baik, jika pohon ini dibiarkan tanpa penjagaan yang
baik, maka akan ada masalah pada hasil tuaiannya.
Ramai ibu bapa mengharapkan anak-anak
mereka menjadi qurataa’yyun, iaitu anak-anak yang menjadi penyejuk pandangan
mata dan hati serta menghapuskan kegelisahan dan kebmbagan yang wujud dalam
hati setiap ibu bapa.[1] Jika inginkan anak-anak
berperibadi mulia, ibu bapalah yang seharusnya memainkan peranan ini dengan
menunjuk contoh tauladan yang baik kepada anak-anak, kerana anak-anak sedang
membesarakan akan meniru perbuatan orang yang ada disekelilingnya. Akhlak yang
baik menjadi benteng dari terjebak dengan perkara-perkara yang negatif apabila
mereka dewasa kelak.
Mendidik mereka merupakan amal soleh bagi ibu bapa atu sesiapa
sahaja yng mendidik dan dikurniakan pahala bagi mereka yang beramal soleh,
seperti yang dijanjikan Allah dalam firmanNya: “Barangsiapa yang mengerjakan
amal soleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka
sesungguh-nya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya
akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa
yang telah mereka kerjakan.” (surah An-Nahl 16: 97) Persoalan tentang adakah
amal salih ini hanya tertentu pada ibadat sahaja boleh dijawab dengan
menafikannya. Bukan amal salih itu dikhususkan kepada ibadat yang wajib atau
sunat sahaja. Bahkan termasuk ibadat yang disifatkan sebagai amalan dunia.
Kesimpulan
Anak-anak adalah permata hati dan penyeri
rumah tangga. Namun mengharungi dugaan mendidik kanak-kanak bukanlah perkara
yang mudah, tetapi masalah ini dapat dielesaikan megikut yang diberikan oleh
Rasullulah S.A.W iaitu bagaimana sikap dan cara Baginda S.A.W gunakkan ketika
berhadapan dengan kanak-kanak. Ternyata mendidik dengan nilai kasih sayng ini
lebih effesien kerana kaedah ini selari dengan psikologi kanak-kanak yang suka
diberi perhatian oleh orang dewasa. Rasa kasih dalam mendidik inilah
menyebabkan anak-anak senang menerima bimbingan yang diberikan.
Rasulullah imim bagi seluruh ummat akhir
zaman juga tetap melayan kanak-kanak dengan penuh lembut dan berakhlak baik.
Dari perwatakan dan perbuatan Baginda ini mengajar kita mengambil Rasulullah S.A.W
sebagai ikutan untuk diaplikasi dalam urusan harian. Hakikat diutuskan
Rasulullah aalah sebagai contoh tauladan, maka sunnah Rasulullah dijadikan
ebagai rujukan utama selepasa al-Quran bagi semua aspek kehidupan, termasuklah
dalam hal mendidik.
Zaman sekarang, ramai yang menyanyagi
anak-anak mereka tetapi menjadi persoalan disini bagaimana mereka mencurahkan
kasih sayang tersebut kepada anak-anak. Perlu diberi penekanan agar kita lebih
menghayati maksud mencontohi Rasulullah. Apabila mencium, mendakap atau bermain
dengan anak, rasakanlah ia salah satu daripada jenis ibadat yang boleh
mendekatkan diri kepada Allah dan rasulNya dan meningkatkan lagi kecintaan
kepada Allah serta berharap mendapat keredhaanNya.
Sebagai penutup artike ini, sekalung penghargaan
terima kasih kepada Dr. Faisal @ Ahmad Faisal Bin Abdul Hamid dan tutor yang telah banyak memberi tunjuk
ajar sepanjang proses tugasan ini dijalankan. Tidak lupa juga buat rakan-rakan
seperjuangan yang banyak membantu dalam memberi idea sepanjang menyelesaikan
tugasan ini. Juga kepada kedua ibu bapa yang telah banyak memberi dorongan dan
sokongan tanpa rasa jemu.
Bibliografi
Asming Yalawae Dan Ahmad Farid Bin Ibrahim, “Akhlak
Warisan Raulullah Membawa Kemuliaan Ummat”, Jurnal Usuluddin 27 (Julai
-Disember 2007
Islamweb.net
Kamarul Azmi Bin Jasmi. Pendidikan Dan Pembangunan
Keluarga Cemerlang. Johor: Universit Teknologi Malaysia, 2007.
Khalid Yusof Dan Norliza Zainuddin. Ensiklopedia Nabi
Muhammad Sebagai Pendidik, Jilid Ke 7. Jakarta: Lentera Abadi, 2012.
Khalil Bin Abdul Manap, “Tanggungjawab Dan Peranan Ibu
Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak Menurut Perspertif Islam: Satu Tinjauan Khas Di
Daerah Jelebu Negeri Sembilan”. Latihan ilmiah, Bahagian Pengajian Syariah
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Febuari 1997.
Kholiq Arif. Pemberdayaan Masyarakat Sipil: Khotbah
Jum'at. Yogyakarta: Pustaka Pesantren, 2008.
Mahmood Nazar Mohamed. Pengantar Psikologi: Satu
Pengenalan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 2005.
Mahmood Zuhdi Bin Hj. Abdul Maj. Famili Harmoni. Shah
Alam : Karya Bestari, 2008.
Manja Mohd. Ludin. Psikologi, Sosiologi Dn Falsafah Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustka, 1990.
Mohd Yusuf Ahmad. Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al-Quran.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2000.
Muhammad Ibn Isa (Imam Tarmidhi), Syamail Muhammadiyyah,
Terj. Faslin Syarin Abdul. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distribution
Sdn. Bhd., 2011.
Nazlina Binti Mat Noh, “Cara Mendidik Dan Mengajar Anak:
Tumpuan Terhadap Surah Luqman”. Latihan ilmiah, Bahagian Pengajian Usuluddin
Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith Akademik Pengajian Islam, University Malaya,
2003/2004.
Nor Ashikin Mohamad Mohajir, “Bina Generasi
Qurataa’yyun”, Majalan I, Julai 2013.
Prpm.dpb.gov.my
Quran.com
Rashidah Mustaffa, “Anakku Cintailah Rasulullah”, Majalah
Solusi, Isu No.41.
Roihan Mat Zaib, “Sabar Melayani Kerenah Si Anak”,
Majalah Aniqah, Disember 2007.
Tungku Sarina Aini Tengku Kasim Dan Faridh Che Husain,
“Pendekatan Individu Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Sebagai Wahana
Melahirkan Modak Insane Bertamadun,” Jurnal Usuluddin 28 (Januari-Jun 2008):
141-156.
Youtube, http://www.youtube.com/watch?v=Vl5zNSMpftk
Zuhriah Mohamad Juo. Anak Cemerlang. Shah Alam : Karya
Bestari, 2008.
Zulkifli Mohd Yusoff. Tazkirah Untuk Orang Mengaji: Karya
Sonhanji. Shah Alam: Mahli Training Intel Multimedia And Publication, 2004.