Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para ahli keluarganya dan
sahabatnya serta mereka yang menurutinya dengan kebenaran.
Penulisan ini ditulis khas untuk para pencinta ilmu hadith
serta para pelajar ilmu Islam di peringkat permulaan dan pertengahan. Penulisan
ini hanya menumpukan aspek sumber rujukan (kitab utama) dalam pengajian ilmu
hadith dan tidak akan mengulas bab-bab hadith yang lain. Penulisan ini akan
mendedahkan perkara berikut
1.Kitab-kitab utama dalam ilmu hadith.
2.Kitab-kitab utama dalam bidang ‘ulum hadith, maudu’at dll.
3.Kitab-kitab utama dalam ilmu rijal hadith.
Bagaimanapaun, penulisan ini tidak akan melengkapi
keseluruhan kitab utama, bahkan ia cuma sebagai panduan kepada beberapa kitab
yang muktamad dalam bidang hadith dan ilmu-ilmunya.
KITAB-KITAB UTAMA DALAM ILMU HADITH
1. Shohih al-Bukhari - Ditulis oleh Imam al-Hafiz Muhammad
Bin Ismail al-Bukhari, lahir pada 13 Syawal tahun 194 H, wafat pada 256 H.
- Tergerak hati untuk mengumpulkan hadith2 shohih apabila
mendengar kalam salah seorang gurunya iaitu Imam Ishak Rahawaih berkata “
Sekiranya kamu mengumpulkan sebuah kitab yang ringkas bagi hadith2 shohih dari
Nabi SAW”- Kitab beliau menduduki tangga teratas selepas al-Quran. Menurut Ibn
Hajar al-asqolani dalam muqaddimah Fath al-Bari Shohih Bukhari mempunyai 7398
hadith dengan perulangan. Tanpa perulangan sebanyak 2602 hadith.
- Lebih utama daripada shohih Muslim kerana :
a) Imam Bukhari mensyaratkan setiap perawi yang mengambil
dari perawi lain mesti berada dalam satu zaman dan mesti berjumpa
sekurang-kurangnya sekali. Manakala Imam Muslim hanya mensyaratkan berada di
satu zaman, tanpa syarat berjumpa.
b) Imam Bukhari lebih merupakan seorang yang faqih
berbanding Imam Muslim.
c) Imam Bukhari tidak mengambil hadith dari Imam Muslim,
manakala Muslim mengambil dari Bukhari.
d) Bukhari mengkaji perihal perawi.
e) Para perawi yang dikritik dalam sanad hadtih dalam shohih
Bukhari hanya lebih kurang 80 orang sahaja. Manakala Muslim lebih kurang 160
orang. Dalam keadaan Bukhari mengambil Hadith dari guru2nya yang amat
dikenalinya, kebanyakan guru2 nya telah dikritik sebagai dhoif, tetapi beilau
lebih kenal akan guru2nya daripada para pengkritik.
f) Kurangnya pengkritik ke atas Bukhari dari sudut ‘syaz’
dan ‘illah’ berbanding Muslim. Bukhari sebanyak 78, manakala Muslim sebanyak
130.
- Kitab syarah dan ringkasan Shohih Bukhari terlampau
banyak, hinggakan kitab syarahnya sahaja mencecah 82 buah ( Sila lihat Kasyf
az-Zunun)
- Syarah Bukhari yang paling popular adalah :
a) I’lam as-Sunan, Imam al-Khattabi ( 386 H)
b) At-Tanqih, Imam Badr al-Deen al-Zarkasyi (794 H)
c) Fath al-Bari, Al-Hafiz Ibn Hajar al-asqolani (852 H)
d) Umdah al-Qari, Badr ad-din al-‘aini (855H)
e) At-Tawsyikh, Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuti (911H)
f) Irsyad al-Sari, Ahmad Bin Muhd al-Qastalani (923 H)
- Kitab khusus yang meneliti perawi2 di dalam shohih Bukhari
:
a) Asma’ Rijal Shohih al-Bukhari, Ahmad Bin Muhd Al-Kalabazi
(398 H)
b) At-Ta’dil wa at-Tajrih liman kharaja ‘anhu al-Bukhari,
Al-Hafiz Sulaiman al-Baji (474 H)
2. Shohih Muslim
- Ditulis oleh Imam [[b]color=red]al-Hafiz Muslim Bin Hajjaj
al-Qusyairy al-Nisaburi[/color] lahir 204 H, wafat 261 H. Menduduki tangga
kedua selepas Shohih Bukhari atas sebab2 yang dinyatakan di atas. B
- Bagaimanapun, Shohih Muslim lebih terkehadapan dari shohih
Bukhari dari sudut ilmu penulisan, seperti Muslim tidak banyak perulangan
hadith, begitu juga isnad. Ia juga menggabungkan seluruh hadith berkaitan dalam
satu bab, juga meletakkan jalan2 (turuq) yang diredhainya. Begitu juga
meletakkan isnad dan lafaz yang berbeza, yang mana ia menjadikan lebih mudah
bagi pengkaji berbanding Bukhari.
a. Hadith di dalamnya sebanyak 7275 dengan perulangan,
sebanyak 4000 tanpa ulang.
b. Imam Muslim
mempunyai kaedah tersendiri yang hebat dalam menringkaskan sanad menurut keadah
matematik.
c. Kitab syarahnya mencecah 15 buah. Yang terpopular :
i. Al-Mu’lim
bi fawaid Muslim, Imam Muhd Ali Al-Mazari al-Maliki (536)
ii. Ikmal
al-Mu’allim bi fawaid Muslim, Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki (544 H)
iii.
Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim, Imam an-Nawawi (676 H)
iv. Talkhis
Shohih Muslim wa syarhuh, Ahmad Umar al-Qurtubi (656H) - kitab ikhtisor Muslim
v.
Mukhtasor al-Hafiz Zaki ad-Din al-Munziri (656H)
d. Kitab yang meneliti rijal( perawi) dalam shohih Muslim:
i. Rijal
Shohih al-Imam Muslim, Ahmad Ali Manjuyah ( 428 H)
ii. Rijal
al-Bukhari wa Muslim, Al-Hafiz al-Dar Qutni (385 H)
3. Sunan An-Nasaie- Imam al-Hafiz Ahmad Bin Syuaib al-Khurasani
(215 H-303H).
- Ia menduduki tempat ketiga kerana merupakan sunan yang
tersedikit mengandungi hadith Dhoif.( demikian menurut Dr Mustofa as-Siba’ie
dalam kitabnya as-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasyri’ al-Islami). Imam Suyuti
pula menyatakan sunan ini adalah terbersih sanadnya dari empat sunan selepas
shohihain. (lihat Zahr al-Ruba, 1/3, juga Syurut al-aimmah al-sittah,
Al-Maqdisi, ms 12)
- Beliau menjelaskan perihal rawi dari sudut shohih, dan
asoh, dhoif dan ad’af.
- Hadith dalam kitabnya terbahagi kepada 3 jenis:
a. Hadith yang
dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim.
b. Hadith shohih
di atas syarat Bukhari dan Muslim, tetapi tidak dikeluarkan oleh mereka berdua. c. Hadith yang terpisah dari illat
hadith, difahami oleh ahli ilmu.
- Kitab syarahnya :
a. Zahru al-Ruba
‘ala al-Mujtaba, Imam As-Suyuti (911 H)
b. Ihktisharnya
dikarang oleh Imam as-Sandi (1138 H)
4. Sunan Abu Daud - Oleh Imam al-Hafiz Sulaiman bin As’ath
al-Sijistani 202 H- 275 H)
- Beliau mengeluarkan hadith dari kumpulan 500,000 hadith
lalu memilih yang terbaik. Sunannya mencecah 4800 hadith.
- Beliau menghadkan sunannya kepada hadith ahkam, lalu
merupakan kitab hadith pertama yang bersifat kumpulan hadith ahkam.
- Jika hadith dlm kitabnya terlampau wahan, beliau akan
menjelaskannya, (Ibnu Solah menaqalkan kalam Abu Daud sendiri)
- Kitab beliau istimewa kerana menyebut masalah2 furu’.
Cthnya dalam Bab al-Adab yang mempunyai 80 bab. Juga mengandungi perincian
terhadap sunnah perbuatan, perkataan, taqrir dan sifat Nabi.
- Syarahnya oleh :
a. Imam Al-Khattabi ( 386 H), Ma’alim as-Sunan
b. Qutb ad-Din as-Syafie (752 H)
c. Al-Syeikh Shihabuddin Ar-Ramli al-Syafie (844 H)
d. Syaraf al-Haq Abadi, ‘Aun al-Ma’bud
- Ikhtisornya oleh :
a. Al-Hafiz al-Munziri ( 656 H)
b. Imam Ibn Qayyim (751 H)- beserta syarah.
5. Sunan at-Tirmidzi / al-Jami’ li Imam at-Tirmidzi- Imam
al-Hafiz Abu Isa Muhd Bin Isa at-Tirmidzi ( 209 H - 270 H)
- Sunannya disusun menurut bab feqh dan lainnya, terkandung
hadith Shohih, Hasan dan Dhoif. Beserta penjelasan darjah (kekuatan) hadith.
- Ia merupakan kitab yang khusus dalam menyatakan Hadith2
bertaraf Hasan. Ini kerana beliaulah yang pertama mengkelaskan hadith sbg Hasan
lalu menjadikan kitabnya sebagai sumber utama untuk tujuan itu.
- Kitab beliau ini tidak sunyi dari kritikan para ulama’
hadith, serta dianggap beliau ‘mutasahil’ dalam men’shohih’ dan meng’hasan’
serta mengambil hadith dari rijal dhu’afak (perawi dhoif) dan ‘Matruk’. Antara
yang mengkritik ini adalah al-Imam al-Hafiz Shamsuddin az-Zahabi ( 748 H).
Rujuk Mizan al-I’tidal krgn az-Zahabi.
- Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi adalah
a. Perawi
dalam Isnadnya tidak dituduh ‘al-kizb’ ( pembohong).
b. Tidak
‘syaz’
c.
Diriwayatkan lebih dari satu jalan. (lihat al-ilal al-Shoghir , Imam
at-Timidzi, 5/658)
- Syarhnya oleh:
a. Abu Bakar Ibn al-‘arabi (543 H) ‘aridatul ahwazi.
b. Imam As-Suyuti as-Syafie (911 H)
c. Ibn Rejab al-Hanbali (795 H)
d. Abd Rahman al-Mubarakpuri al-Hindi ( 1353 H), Tuhfatul
ahwazi.
6. Sunan Ibn Majah- Oleh Imam al-Hafiz Yazid Bin Majah ( 207
H - 263 H),
- Mengandungi lebih kurang 4000 hadith.
- Ulama’ terdahulu hanya menjadikan usul utama hadith dalam
5 kitab yang disebut di atas, lalu ulama’ terkemudian meletakkan kitabnya di
nombor 6 krn banyaknya manfaat dlm bidang feqh. Individu yang pertama
meletakkannya di tangga ke 6 adalah, al-Hafiz Muhd Bin Tohir al-Maqdisi (507
H).
- Bagaimanapun terdapat ikhtilaf dalam meletakkan kitab
hadith di tangga ke 6, ada yang memilih Muwatta’ Imam Malik, atau Sunan
ad-Darimi. Ini adalah krn Ibn Majah terkenal mengeluarkan hadith dari perawi
yang dituduh pembohong dan pencuri hadith.
- Syarahnya oleh:
a. Muhd Musa
al-Damiri ( 808 H)
b. Imam as-Suyuti
(911 H) , Misbah az-Zujajah ala sunan Ibn Majah. KITAB
GABUNGAN KITAB-KITAB SUNAN,
MUSNAD DAN LAIN-LAIN.Dalam bab ini, berikut disertakan nama-nama kitab yang
menggabungkan hadith2 dari pelbagai kitab, berserta manhajnya secara ringkas:
[1) Kitab yang menggabungkan Shohih Bukhari dan Muslim.
* Al-Jam'u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz Abu Mas'ud
al-Dimashqi(401 H)•
al-Jam'u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz al-Humaidi al-andalusi
(488 H). Kitab beliau tidak sekadar menggabungkan tetapi dengan membuat
penambahan dan penyempurnaan tanpa terikat dgn lafaz dari Bukhari dan Muslim.
Menyusun kitab beliau dengan kaedah bab2 berbanding dua kitab sebelumnya yang
disusun secara musnad.
* Al-Jam'u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz al-Burqani (425 H)
* Al-Jam'u Baina as-Shohihain, Al-Hafiz Abd Haq al-Azdi (581
H), Iltizam dgn lafaz mereka berdua, Imam Suyuti dalam Tadrib ar-Rawi
menyatakan kitab ini amat penting, tetapi masih belum dicetak. Demikian menurut
Dr Yusof al-Qaradhawi.
* Al-Lu’lu’ wa
al-Marjan, Muhd Fuad abd Baqi
(2) Usaha menggabungkan lebih banyak kitab dalam satu kitab
khas. Antara yang terutama:* At-Tajrid li al-shahhah al-sittah, Al-Hafiz
al-Ruzain al-Andalusi (535 H). Beliau menggabungkan kitab Al-Shohihan, Sunan
Abu Daud, Sunan al-Tirmidzi, Sunan al-Nasaie dan al- Muwatta’ Imam Malik.
Kitab ini disusun dengan bab-bab dan tajuk-tajuk, ia disusun
seperti yang dilakukan oleh al-Humaidi sebelumnya.
* Jami’ al-Usul fi ahadith al-Rasul, Al-Hafiz Imam Ibn Athir
(606 H).
Mengandungi keenam2 kitab dalam al-Ruzain di atas.
Bagaimanapun ia merujuk terus ke sumber asal dan bukan kitab al-Ruzain.
Ia menyusun menurut tajuk2 tetapi disusun dengan huruf2.
seperti huruf ba’ , mengandungi hadith bab al-Bai’, al-Birr, al-Bunyan dan
lain-lain.
Kitabnya mengandungi lebih 9523 hadith.
Bagi sesiapa yang ingin merujuk kitabnya, adalah terlebih
baik utk membaca baba permulaan (Tamhid) yang ditulisnya.
Kitab ini telah diringkaskan oleh Az-Zubaydi (944 H) dlm
kitab Taysir al-wusul Ila Jami’ al-Usul.
* Jami’ al-Masanid wa al-sunan, al-Hadi li Aqwam Sunan,
Al-Hafiz Ibn Kathir Al-Syafie (774 H)
Beliau menggabungkan kitab sunan yang 6 ( seperti di atas)
dan ditambah pula dengan empat buah Musnad yang popular iaitu : Musnad Ahmad,
Musnad al-Bazzar, Musnad Abi Ya’la dan Mu’jam al-Tobrani al-Kabir.
Beliau menyusunnya dengan huruf Mu’jam. Yang menyebut nama
sahabat menurut urutan huruf dan hadith2 yang diriwayatkan oleh sahabat
tersebut.
* Majma’ az-Zawaid wa
Manba’ al-Fawaid, Al-Hafiz Nuruddin Ibn Hajar al-Haithami Al-Syafie ( 807 H)
Menggabung sunan yang enam, dengan meletakkan Sunan Ibn
Majah di tempat ke 6
Ditambah dengan Musnad Ahmad, Abi Ya’la, Al-Bazzar dan
ketiga-tiga Mu’jam at-Tobrani.
Kitab ini istimewa kerana Ibn Hajar al-Haithami meletakkan
darjah kekuatan Hadith samada Shohih, Hasan dan Dhoif.
Tidak diketahui jumlah hadith didalamnya. Kerana tidak
dinomborkan.
* Jam’ul Fawaid min Jami’ al-Usul wa Majma’ az-Zawaid,
al-Allamah Muhd Sulaiman al-Maghribi (1094 H).
Menggabung kedua-dua kitab © dan (d).
Hadith di dalamnya mencecah 10,121 hadith.
Al-Matolib al-‘Aliah bi Zawaid al-Masanid ath-Thamaniah,
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqolani As-Syafie ( 852 H)
Memuatkan tambahan kepada kitab sunan yang enam dan musnad
ahmad, dengan 8 buah musnad yang lain secara sepenuhnya iaitu : Musnad Abi Daud
at-Tayalisi, Musnad al-Humaidi, Ibn Abi Umar, Musaddad, Ibn Muni’, Ibn Abi
Syaibah, Abd Bin Hamid, Ibn Abi Usamah dan menambah Musnad Abi Ya’la.
Juga menambah dengan Musnad Ishak Rahawaih secara tidak
sepenuhnya. Lebih kurang separuh.
Menyusun hadith2 di dalamnya menggunakan bab-bab.
Telah ditahqiq oleh Ulama’ Hadith India as-Syeikh Habib
ar-Rahman al-a’zomi.
Hadithnya hanya mencecah 4702 sahaja. Malangnya Ibn Hajar
tidak menerangkan hukum/darjat hadith.
* Ithaf as-Sadah bi zawaid al-Masanid al-‘asyarah, Al-Hafiz
Syihabuddin al-Busairi ( 840 H)
Kitab ini ditulis pada zaman yang sama dgn kitab Ibn Hajar,
Cuma Al-Busaoiri ada mengambil dari Ibn Hajar, Kedua-dua mereka berguru dgn
Al-Hafiz al-Iraqi.
Kitab beliau banyak menyebut darjat hadith.
Kitab ini masih belum dicetak.
* Jam’ul Jawami’, Imam Al-Hafiz as-Suyuti (911 H)
dinamakan juga al-Jami’ al-Kabir, menggabungkan hampir 80
kitab dari kitab hadith. Mengandungi 2 jenis hadith :
Hadith2 Qawliyyah/ perkataan- disusun menurut huruf mu’jam.
Hadith2 Af’al / Perbuatan -disusun menurut musnad sahabat.
Bagaimanapun terdapat dalamnya banyak hadith munkar dan
maudu’, ini menyebabkan cetakannya dihentikan.
Mengandungi lebih kurang 40,000 hadith.
* Kanzul ‘Ummal fi Sunan al-Aqwal wa al-Af’al, al-Allamah
Al-Muhaddith ‘Alau al-Din al-muttaqi ( 975 H)
Menggabungkan al-Jami’ al-Shoghir Imam As-Suyuti.
Disusun menurut bab-bab feqh, menurut kaedah Jami’ al-Usul.
Mencecah hadithnya sebanyak 46 624 hadith. Bagaimanapun
banyak perulangan dan bercampur-campur di antara shohih, dhoif, maqbul dan
mardud.
* Al-Jami’ al-Azhar fi ahadith an-Nabi al-Anwar, al-allamah
Abd Raouf al-Munawi (1031 H)
Terdapat dlmnya sebanyak 30,000 hadith.
Selepas menyebut hadith, biasanya dikuti dengan keterangan
darjah Hadith.
Demikianlah, beberapa kitab utama dan gabungan kitab-kitab
yang memuatkan matan-matan hadith serta sanadnya, beserta dengan beberapa kitab
syarah.
Selepas mengetahui sumber2 tersebut di atas adalah sangat
baik kiranya kita mengetahui kitab-kitab yang memuatkan hadith Dhoif dan
Mawdu’.
Sebagai pengenalan ringkas, hadith Dhoif terbahagi kepada 10
jenis iaitu :
1. Al-Mursal 2.
Al-Munqati’
3. Al-Mu’dhol 4.
Al-Mudallas
5. Al-Mudhtarib 6.
Al-Syaz
7. Al-Mungkar 8.
Al-Mudraj
9. Al-Maqlub 10.
Al-Mu’allal
Sebenarnya pembahagian dhoif adalah lebih banyak dari 10,
sebagaimana dijelaskan oleh al-Hafiz al-Iraqi (802 H), yang mana ia mencecah 42
pecahan. Bagaimanapun penulisan ini tidak akan memfokuskan kepada takrifan
pecahan hadith2 dhoif di atas.
Dalam menentukan hadith kelemahan dan kekuatan hadith, ilmu
yang mesti dipenuhi adalah ilmu dalam meneliti ‘illat’ atau ‘waham’ atau
kesilapan pada matan hadith atau perawi atau sanad. Menurut Ibn Hajar
al-‘asqolani ia merupakan ilmu yang sgt sukar ( Syrah nuhbah, Nuzhat an-Nazr,
Ibn Hajar). Antara pakar ulama’ hadith dalam bidang mengenal illah pada sanad
hadith ini adalah :
a. Syu’bah Bin Al-Hajjaj (160 H). Ibn Rejab menyatakan
beliaulah individu terawal yang meluaskan perbincangan mengenai ilm al-jarh wa
at-ta’di. Juga membicarakan persoalan bersambung sanad atau terputus.
b. Yahya Bin Said al-Qattan ( 198 H)
c. Imam Ahmad Bin Hanbal, beliau berguru dlm bidang ini
antaranya dengan Yahya Bin Said al-Qattan
d. Ali Bin Al-Madini (234 H)- Beliau guru kepada Imam
Bukhari.
e. Yahya Bin Ma’in
f. Abd Rahman bin Mahdi ( 198 H)
g. Imam Muhd Bin Ismail Al-Bukhari.
h. Imam Abu Isa at-Tirmidzi.
i. Abu Zur’ah
j. Ad- Dar Qutni (380 H)
Serta ramai lagi, antara kitab utama yang ditulis dalam
bidang ini ;
1) al- ‘ilal al-waridah fi al-ahadith an-Nabawiyah, al-Hafiz
Ad-Dar Qutni.
2) al-‘ilal, Abd Rahman Abi Hatim al-Razi (327 H)
3) Syarh ‘ilal at-Tirmidzi, Ibn Rejab al-Hanbali (795 H)
Sumber rujukan siri pertama:
1) ‘Ulum al-Hadith Muqaddimah Ibn Solah, al-Hafiz Ibn Solah
(643 H).
2) Al-Ba’ith al-Hathith Syarh Ikhtisor ‘ulum al-Hadith Ibn
Kathir, al-Syeikh Ahmad Muhammad Syakir
3) Alfiyatul Hadith, Al-Hafiz al-‘iraqi.
4) Al-Jami’ al-Azhar fi ahadith an-Nabi al-Anwar, al-allamah
Abd Raouf al-Mannawi.
5) Al-Matolib al-‘Aliah bi Zawaid al-Masanid ath-Thamaniah,
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqolani As-Syafie.
6) As-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasri’ al-Islami, Dr
Mustofa as-Siba’ie.
7) at-Tajrid li al-shihah al-sittah, Al-Hafiz al-Ruzain
al-Andalusi.
8) At-Tamhid fi ‘ulum al-Hadith, Dr. Hammam Said.
9) At-Taqyid wa al-Idoh, Al-Hafiz al-Iraqi
10) Fath al-Mughis, Al-Hafiz as-Sakhawi.
11) Fath al-Bari, Ibn Hajar al-‘asqolani
12) Ithaf as-Sadah bi zawaid al-Masanid al-‘asyarah,
Al-Hafiz Syihabuddin al-Busairi.
13) Jam’ul Fawaid min Jami’ al-Usul wa Majma’ az-Zawaid,
al-Allamah Muhd Sulaiman al-Maghribi.
14) Jam’ul Jawami’, Imam Al-Hafiz Jalal ad- Din as-Suyuti.
15) Jami’ al-Masanid wa al-sunan, al-Hadi li Aqwam Sunan,
Al-Hafiz Ibn Kathir Al-Syafie.
16) Jami’ al-Usul fi ahadith al-Rasul, Al-Hafiz Imam Ibn
Athir.
17) Kanzul ‘Ummal fi Sunan al-Aqwal wa al-Af’al, al-Allamah
Al-Muhaddith ‘Alau al-Din al-muttaqi.
18) Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith, Muhd Bin Abdullah al-Hakim
19) Majma’ az-Zawaid wa Manba’ al-Fawaid, Al-Hafiz Nuruddin
Ibn Hajar al-Haithami Al-Syafie.
20) Mausu’ah li al-hadith an-Nabawi, Dr Yusof al-Qaradhawi.
21) Mizan a-I’tidal, al-Hafiz az-Zahabi
22) Syarh Nuhbatul al-Fikr Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘asqolani,
Imam Ali Al-Qari.
23) Syurut al-Aimmah al-Sittah, al-Hafiz Al-Maqdisi.
24) Tarikh at-Turath al-‘arabi, Fuad Sazkin.
25) Zahru al-Ruba, Imam as-Suyuti. Jul 1 2002, 11:08 AM
Siri kedua
Setelah kita
mengetahui kitab yang membicarakan 'ilal hadith, maka adalah terlebih baik
untuk kita sedari bahawa ilmu dalam mengkelaskan hadith kepada taraf Dhoif,
Hasan atau Shohih sangat berkait rapat dengan ilmu tersukar dalam bidang hadith
dan juga yang terpenting iaitu ilmu Rijal atau ilmu mengenal perawi-perawi
hadith. Ia juga dikenali sebagai ilmu al-Jarh wa at-ta'dil.
Sebelum mengemukakan kitab-kitab utama dalam bidang ini,
elok bagi pembaca meneliti istilah yang digunakan dalam menghukum seseorang
perawi. Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani telah membahagikan martabat perawi
kepada 12 martabat, iaitu sebagai berikut :
MARTABAT PERTAMA : Para Sahabat, istilah sahabat menurut
pemakaian ahli hadith adalah "Setiap Muslim yang bertemu Nabi SAW selepas
kenabiannya dalam keadaan ia hidup dan ia mati dalam keimanan" ( Nuzhat
al-Nazr, Ibn Hajar, ms 114, Takrif ini adalah yang tershohih dibina atas takrif
dari Imam al-Bukhari, Imam Ahmad dll, Lihat Al-Isobah 1/11) . Takrif ini
merangkumi syarat :
1. Muslim
2. Bertemu dengan Nabi SAW secara hidup.
3. Berlaku pertemuan dgn Nabi setelah Baginda menjadi Nabi.
4. Mati dalam keadaan Islam. Mereka yang murtad tidak
dikira.
Syarat ini terpakai kepada lelaki, wanita, kanak-kanak dan
orang tua. Mereka berada di tahap yang tertinggi dalam martabat perawi, Ijma'
ulama' mengakui akan adil mereka. Al-Khatib al-Baghdadi menyatakan :
"Adilnya para sahabat thabit serta diketahui dengan ta'dil dari Allah dan
khabaran Allah tentang ke'adil'an mereka seBagaimana firman Allah dlm surah
Al-Imran ayat 110, Surah al-Baqarah, ayat 143, Surah al-Fath ayat 18, Surah
At-Tawbah ayat 100, Surah al-Anfal ayat 64." Semua ini membawa hukum
qa'tie tentang adilnya mereka."
Antara kitab yang termasyhur menyebut tentang para sahabat
adalah :
1. al-Isti'ab fi ma'rifat al-ashab, al-Hafiz Ibn Abd Barr
al-Qurtubi (463 H). Ia disusun menurut huruf mu'jam.
2. Asadu al-Ghabat fi Makrifat al-Sahobat, Imam Ibn Athir
(630 H), Mengumpulkan 7554 biografi sahabat. Disusun menurut huruf mu'jam.
Bagaimanapun disebutkan bahawa ada yang terdapat di dalam kitabnya bukan dari
kalangan sahabat. ( guru kami Prof . Dr Syeikh Ibarahim Al-Khalifa , Pakar
Tafsir dari Univ AL-Azhar berkata sebutan betulnya adalah “Asadu al-Ghabat” )
3. Al-Isobah fi Tamyiz al-Sahobah, Al-Hafiz al-Imam Ibn
Hajar al-'asqolani (852 H). Disusun menurut huruf mu'jam. Jumlah sahabat di
dalam kitabnya mencecah 12,304 orang beserta biografi. Bagaimanapun juga
terdapat yang bukan sahabat.
Jumlah Sahabat:
1. Imam as-Syafie menyebut jumlah muslimin ketika kewafatan
Nabi seramai 60,000 orang. ( Lihat Ikhtisor 'Ulum al-Hadith)
2. Abu Zur'ah al-Razi menyebut : "Jumlah yang berada di
Haji Wida' adalah seramai 40,000 orang, dan yang bersama Nabi semasa perang
Tabuk seramai 70,000" ( Ikhtisor 'Ulum al-Hadith Ibn Kathir, (dgn syarah
al-Baith al-Hathith- Syeikh Ahmad Syakir) ms 175, cet Dar al-Muayyid.)
Apapun, jumlah sahabat yang meriwayat hadith adalah terhad,
Menurut al-Hafiz al-Hakim (sohib al-Mustadrak) iaitu sekitar 4000 orang sahaja,
bagaimanapun al-Hafiz az-Zahabi menyatakan hanya lebih kurang 1500 orang dan
tidak lebih dari 2000 orang.(Fath al-Mughis, al-Hafiz al-Iraqi, 3/124, cet
'alam al-Kutub) Perbincangan berkenaan jumlah
ini dipendekkan dengan pandang yang dianggap palling tepat iaitu:
Senarai perawi dari kalangan sahabat yang disusun oleh
al-Imam Ibn Jauzi hanya mencecah 1858 orang. Bagaimanapun di antara mereka ada
yang tidak sah sbg perawi.
Di dalam Musnad Ahmad hanya terdapat lebih kurang 1565 orang
rawi sahaja dari kalangan sahabat.
Justeru yang paling hampir dgn kebenaran adalah yang disebut
oleh al-Hafiz az-Zahabi, demikian menurut Prof. Dr Akram Dhia al-Umari dlm
tahqiq kitab Baqi Muhlid al-Qurtubi, ms 151.
Sahabat yang terbanyak meriwayat hadith seperti berikut
(Lihat al-Baith al-Hatith ms 85):
1. Abu Hurairah ra : 5374 hadith.
2. Abdullah Bin Umar (Ibn Umar ra) : 2630 hadith.
3. Anas Bin Malik ra :2286 hadith.
4. A'isyah Umm al-Mukminin ra : 2210 hadith.
5. Abdullah Ibn 'Abbas (Ibn 'Abbas) ra : 1660 hadith.
6. Jabir Bin Abdullah ra : 1540 hadith.
7. Abu Sa'id al-Khudri ra : 1170 hadith.
MARTABAT KEDUA : Pujian dengan menggunakan ayat penguat
seperti : awthaqu an-Naas, atau dengan perulangan secara lafaz spt : 'Thiqah
Thiqah' , atau perulangan secara ma'na spt : 'thiqah hafidz' MARTABAT
KETIGA:Kata pujian dengan sesuatu sifat tanpa perulangan spt : Thiqah, Mutqin,
Thabat atau 'Adil.
MARTABAT KEEMPAT :Disebut dengan kata spt : “saduq”, “La
baksa bih”, “Laisa bihi baksun” ( MARTABAT INI KURANG SEDIKIT DARI TIGA
MARTABAT DI ATAS).
MARTABAT KELIMA :Disebut dengan kata spt : “Saduq sayyi’
al-Hifdz”, “Saduq yuhim” atau “lahu awham”, atau taghayyar biakharatin
(biaahiratin) atau saduq yukhtik, begitu juga sesiap yang dituduh dengan apa
jua bid'ah spt Syiah, Qadariyah, Jahmiyyah dll.
MARTABAT KEENAM :Iaitu sesiapa yang tidak meriwayat hadith
kecuali sedikit, seta tidak thabit pada riwayatnya, maka disebut dgn : Maqbul
atau layyin al-hadith.
MARTABAT KETUJUH :Diriwayat darinya lebih dari seorang
tetapi ia tidak dipercayai atau tidak disebut apa2 tentangnya dari perawi yang
mengambil darinya, maka tidak diketahui hal sebenarnya. Ia disebut dgn lafadz :
Mastur, Majhul al-Hal.
MARTABAT KELAPAN : Mereka yang tidak mendapat kepercayaan
dari ahli hadith serta terdapat yang mengatakannya sbg dhoif wp tidak
diperincikan. Mereka ini disebut dgn lafadz 'Dhoif.
MARTABAT KESEMBILAN :Sesiapa yang hanya diriwayatkan darinya
oleh seorg sahaja serta tidak dipercayai. Maka disebut Majhul.
MARTABAT KESEPULUH :Sesiapa yang langsung tidak dipercayai,
di dhoif kan dgn penjelasan. Mereka disebut Matruk, Matruk al-Hadith, Wahi
al-Hadith atau saqit.
MARTABAT KESEBELAS :Mereka yang ditohmah dgn pembohongan.
Iaitu al-kizb.
MARTABAT KEDUA BELAS :Mereka yang digelar pembohong
(al-kizb) atau pereka hadith (al-wad')
Begitulah 12 maratib perawi hadith menurut Al-Hafiz Ibn
Hajar al-'asqolani dalam kitabnya Taqrib al-Tahzib iaitu di bahagian
muqaddimah.
Menurut Al-'Allamah al-Muhaddith al-Syeikh Ahmad Muhd
Syakir, kumpulan 1-3 adalah shohih di peringkat tertinggi (bidzatihi), martabat
di nombor 4 adalah shohih peringkat kedua (hasan lidzatihi).
Bagaimanapun setelah ditahqiqkan pandangan tersebut maka
secara ringkasnya. Martabat 1-6 berada di peringkat ta'dil. Manakala bermula
dari 7 ia adalah peringkat 'jarh'( Dr. Walid Hasan al-'Aani, Manhaj ad-Dirasat
al-Asanid wa al-Hukm 'alaiha, cet Dar an-Nafais, ms 37).
Manakala seseorang perawi tidak akan di 'ta'dil' kan kecuali
memunyai 2 perkara :
1. Beragama daan amanah, iaitu seorg Muslim, baligh,
beraqal, serta terpelihara dari sebab2 fasiq dan mencalar maruah.
2. Dhobid dan itqan, iaitu meriwayat hadith sBagaimana yang
didengarinya : dhobid terbahagi 2 iaitu dhobid sodr (hafalan) atau dhobid kitab
(dgn tulisan). ( Dr Hammam Said, Tamhid fi 'ulum al-hadith, ms 152)
Bagi men'jarh' seseorang rawi maka disyaratkan setelah
menyatakan ia sbg matruk contohnya, DISYARATKAN DISUSULI PENJELASAN SEPERTI
SELALU LUPA dll. Kitab-kitab utama yang
mengandungi maklumat jarh dan ta'dil para perawi hadith adalah seperti berikut
:
1. al-Jarh wa at-ta'dil, al-Imam Abi Hatim al-Razi (w 327 H)
2. al-Kamil fi dhu’afa, Al-Hafiz Ibn 'Adi (w ….)
3. Tahzib al-Kamal fi asma' ar-Rijal, al-Imam al-Mizzi (w
742 H)
Sebuah kitab khusus pada perawi-rawi kitab yang enam.
1. Tarikh al- Baghdad, al-Hafiz Ahmad Bin Ali al-Khatib.
2. Mizan al-I'tidal, Al-Imam Al-Hafiz Shamsuddin az-Zahabi
(w 748 H).
Menggabungkan pendapat-pendapat imam sebelumnya serta
ditambah dengan pandangannya secara peribadi terhadap seseorang perawi.
3. At-Takmil fi ma'rifat at-Thiqat wa dhu'afa' wa
al-Majahil, Al-Hafiz Ibn Kathir (w 774 H) Gabungan antara Mizan al-I'tidal dan
Tahzib al-Kamal. Beliau menyertakan juga tambahan-tambahan penting.
5. Tahzib al-Tahzib, Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani (852
H).
Beliau meringkaskan Tahzib al-Kamal serta membuat penambahan
dan komentar yang penting.
6. Taqrib at-Tahzib, Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani (852
H), ringkasan kitab beliau sendiri.
7. Lisan al-Mizan fi naqd al-rijal, Al-Hafiz Ibn Hajar
al-'asqolani (852 H), tambahan terhadap apa yang dinayatakan dlm kitab Mizan
al-I'tidal. Dan ratusan lagi kitab yang mengandungi maklumt jarh dan ta'dil,
bagaimanapun demkianlah antara kitab yang utama bagi rujukan para pembaca.
Dengan bantuan kitab-kitab ini, maka insyaAllah kita akan
dapat mengetahui status hukum sesuatu hadith. Iaitu melalui penelitian terhadap
para perawi.
Manakala bagi mereka yang agak kurang mempunyai masa untuk
membuat penelitian tersebut, bolehlah merujuk kitab-kitab berikut bagi
mengetahui hadith2 mawdu' dan dhoif. Antara kitab yang menyebut hadith mawdu'
(hadith palsu serta rekaan) yang utama adalah :-
1. Al-Mawdu'at, Al-Imam al-Hafiz Jamal ad-Din Ibn al-Jawzi
(597 H). Menggabungkan hadith2 mawdu' yang diambil dari kitab al-Kamil, Ibn
'adi, ad-Dhua'afak oleh Ibn Hibban, al-'Uqaiyli, abu al-Fath al-azdi, juga apa
yang terdapat di dalam tafsir Ibn Mardawaih, ketiga 2 Mu'jam at-Tobrani,
Ad-Darul Qutni, juga dari karangan Khatib al-Baghdadi, Ibn Nu'aim, Ibn Shahin,
Tarikh al-Hakim.
Berkata Al-Hafiz al-Sakhawi: "Masih tertinggal banyak
hadith mawdu' juga beliau merupakan orang yang mutasahil (beringan2) dalam
menghukum hadith dalam kitab ini. Beliau juga telah membawa hadith-hadith
shohih serta dhoif ke tahap mawdu'".
Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani : " Tasahul
(sifat meringan-ringan dlm meletak hukum) ia juga tasahulnya al-Hakim
menyebabkan ,menghilangkan manfaat dari kitab mereka berdua"( Muqaddimah
al-Maqasid al-Hasanah, Al-Hafiz as-Sakhawi, oleh pentahqiq kitab).
Sehinggakan menurut ahli Hadith, Ibn Jawzi telah meletakkan
hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab
Mawdu'aat oleh beliau.
2. Al-Laalik al-Masnu'ah fi al-ahadith al-Mawdu'ah, Al-Hafiz
Jalaluddin al-Suyuti (911 H). Mengandungi banyak kandungan kitab al-Mawdu'at
Ibn al-Jawzi serta tambahan2, juga membawakan kandungan dr Tarikh Ibn 'asakir,
Ibn al-Najjar, Musnad Firdaus, al-Dailami, dll. Ia telah berperanan juga sebg
pentahqiq tasahul Ibn Jawzi.
3. Tanzih as-Syari'ah al-Marfu'ah 'an al-akhbar as-Syani'ah
al-Mawdu'ah, Al-Allamah al-Muhaddith Muhd Bin 'Iraq al-Kanani al-Syafie (963
H). Dianggap sbg kitab yang terlengkap, menggabungkan Ibn Jawzi dan al-Suyuti
serta disusun menurut tertib keduanya. Ia juga dianggap sbg khulasah terhadap
semua kitab mawdu'at, berserta tahqiq ilmi dan kajian yang lengkap. Dita'liq
oleh Al-allamah al-Muhaddith Abdullah bin Muhd al-Ghumari bersama beberapa
rakan2nya.
4. Al-Fawaid al-Majmu'ah, Abu Abdullah Muhd al-Syami
al-Solihi (942 H).
5. Al-Habbat al-sunniat fi al-ahadith al-mawdu'at,
al-Muhaddith Ali bin Sultan al-Qari (1014 H).
6. Al-Fawaid al-Majmu'ah, Al-Imam al-Qadhi Muhd bin Ali
as-Syawkani (1250 H). Bagaimanapun terdapat dalamnya hadith2 shohih dan hasan.
Beliau dianggap mutasyaddidin dalam hal mawdu'aat. Demikian dimaklumkan oleh
Abd al-Hayy al-Laknowiyy.
7. Al-athar al-Marfu'ah fi al-ahadith al-Mawdu'ah, Abu
al-Hasanat Abd al-Hayy al-Laknowiyy al-Hindi (1304 H).
8. Dhoif al-Jami' al-Shogir wa ziadatihi (al-Fath al-Kabir),
dan juga Silsilah al-ahadith ad-dhoifah, Al-Allamah al-Muhaddith Muhd
Nasiruddin al-Albani. Cetakan al-maktab al-Islami. Mengumpulkan lebih 30 kitab
dari pelbagai ulama' mutaqaddimin dan mutakhirin. Bagaimanapun kitab ini dan
kitab-kitab tulisan al-Albani mendapat kritikan hebat dari Hasan Saqqaf.
Sebenarnya terdapat banyak lagi kitab-kitab yang ditulis dlm
mendedahkan perihal kedhoifan dan mawdu' hadith, bagaimanapun cukuplah sekdr
menyebut yang lebih kerap menjadi rujukan ilmiah, iaitu sebagaimana yang
termaktub di atas.
Adalah baik juga kiranya disebutnya beberapa buah kitab yang
mashyur tetapi sebenarnya mengandungi banyak hadith-hadith mawdu' dari sumber
israiliyyat. Ianya seperti berikut :
1. Kitab-kitab karangan al-Waqidi, spt Futuh as-Syam serta
lainnya.
2. Tanwir al-Miqbas, Tafsir Ibn Abbas, diriwayatkan dari
sumber yang tidak dipercayai dan pembohong iaitu al-Kalabi dan As-Suddi dan
al-Muqatil. Demikian menurut Al-Imam as-Suyuti.
3. Qisosul al-Anbiak, al-Tha'labi.
4. Nuzhat al-Majalis, al-Sofuri
5. Ar-Rawd al-Faiq fi al-Mawaidz wa al-Raqaiq,
Al-Harrifisyh. SBagaimana dimaklumkan oleh al-Bairuti. Dan lain-lain.
Sebagai akhirnya,
disebutkan di sini beberapa kitab-kitab utama dalam 'ulum al-Hadith dan yang
berkaitan dengannya :-
1. 'Ulum al-Hadith Muqaddimah Ibn Solah, al-Hafiz Ibn Solah
(643 H).
2. Al-Ba'ith al-Hathith Syarh Ikhtisor 'ulum al-Hadith Ibn
Kathir, al-Syeikh Ahmad Muhammad Syakir
3. Alfiyatul Hadith, Al-Hafiz al-'iraqi (860 H).
4. Al-Iqtirah, Al-Hafiz Ibn Daqiq al-'aid.
5. Al-Muqni', Ibn Mulaqqin.
6. Al-Nukat 'ala kitab Ibn Solah, Al-Hafiz Ibn Hajar (852 H)
7. Al-Tabshiroh wa al-Tazkirah, al-Hafiz al-Iraqi (860 H)
8. An-Nasikh wa al-Mansukh fi al-ahadith, Ibn Shahin (385
H).
9. An-Nihayah fi gharib al-Hadith wa al-athar, Al-Hafiz Ibn
al-Athir (606 H).
10. As-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasri' al-Islami, Dr
Mustofa as-Siba'ie.
11. At-Tamhid fi 'ulum al-Hadith, Dr. Hammam Said.
12. At-Taqyid wa al-Idoh, Al-Hafiz al-Iraqi (860 H)
13. Fath al-Bari Syarh Shohih al-Bukhari, Al-Hafiz Ibn Hajar
al-'asqolani.
14. Fath al-Mughis, Al-Hafiz as-Sakhawi (902 H).
15. Ikhtilaf al-Hadith, Al-Imam As-Syafie (204 H).
16. Ma'rifah 'Ulum al-Hadith, Muhd Bin Abdullah al-Hakim
17. Ma'rifat al-Sunan wa al-Athar, al-Imam al-Baihaqi
al-Syafie (458 H)
18. Musykil al-Hadith wa bayanuh, Ibn Furak (406 H)
19. Nasbu al-Rayah, Al-Hafiz al-Zaila'ie (762 H)
20. Qawaid al-Tahdith min funun Mustolah al-Hadith,
Al-Allamah Jamaluddin al-Qosimi (1332 H)
21. Syarh ma'ani al-Athar, al-Imam at-Tohawi al-Hanafi (321
H)
22. Syarh Nuhbatul al-Fikr Al-Hafiz Ibn Hajar al-'asqolani,
Imam Ali Al-Qari (1014 H).
23. Syurut al-Aimmah al-Sittah, al-Hafiz Al-Maqdisi.
24. Tadrib al-Rawi, Al-Imam As-Suyuti (911 H).
25. Talkhis al-Khabir, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqolani (852
H).
26. Tarikh at-Turath al-'arabi, Fuad Sazkin.
27. Tawjih al-Nazr Ila Usul al-Athar, Al-Jazairi ( 1332 H)
28. Zad al-Ma'ad, Al-Imam Ibn Al-Qayyim al-Hanbali (751 H).
Alhamdulillah, begitulah serba sedikit maklumat yang dapat
didedahkan melalui penulisan ini, semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada
peminta ilmu-ilmu hadith serta para penuntut ilmu, terutamanya di peringkat
permulaan dan pertengahan. Penulisan ini sudah tentunya tidak melengkapi
sebahagian besar keperluan para pencinta ilmu hadith tetapi cukuplah bagi
membuka ruang pertama dalam mengharungi ilmu Hadith yang cukup luas.
Sekiranaya ianya bertepatan dengan kebenaran maka datangnya
dari Allah dan kiranya tersilap ianya dari kelemahan diri dan gangguan Syaitan.
No comments:
Post a Comment